Jumaat, April 24, 2009

AKU EMILLIA




Dulu aku ada geng band. Muzik kami adalah muzik rock dan pop..kami hanya bergiat aktif di sekitar tanah kelahiran ku Lahad Datu, Sabah. Pemain band terdiri drpd abg2 sepupu aku..emak dan ayah aku tidak lah menggalakkan aku sgt dalam bidang seni. MAY AND THE GENG adalah nama kumpulan kami ( may adalah nama panggilan aku dikalangan sepupu2 ) Abg2 sepupu aku jugak lah yg jadi bodyguard aku pada masa tue, walaupun jadi artis x keluar album, aku ramai peminat gak tau he3



Aku tidak minat study pada masa tue, setiap malam aku belajar petik gitar dan menghafal kod2 gitar..( emak ingat aku study )..belajar petik gitar memang x semudah yg disangka, jari2 aku bertukar warna jadi hitam kehijau2an..kalau dah minat, apa pun leh buat. Adik beradik lelaki aku yg lain x reti petik gitar kecuali aku dan abg sulung. Walaupun kami rock giler pada masa tue, tetapi kami masih menhormati AZAN..TIME NAK DEKAT WAKTU SOLAT KAMI BERHENTI MAIN MUZIK...


Kami mempunyai seorang pakcik yg kuat agama...xpi x duduk sekampung lah..penah sekali kami tgh berlatih kat rumah sepupu dan tiba2 spy bagitau bahawa pakcik kami nie on the way nak p kg kami...so kami pun cabut lari lah..tinggal semua peralatan muzik dgn eletrik yg masih terpasang...aku melihat ke arah jln raya yg x bertar.. Wah !!!! aku dah ternampak pakcik aku dgn jubah dan serbannya yg x penah tinggal ( memang itu lah pakaian dia, walau di mana pun dia berada..sunnah Nabi ) aku terperangkap kat tgh jln...nak lari kat mana??? jln ke rumah aku adalah jln yg pakcik aku tgh lalu tue lah...alamak mcm ner nie...aku terpandang tandas awam yg dah lama x digunakan ( org kata tandas tue berhantu ) ah !! no choice...redah ja bah !!! aku masuk la jamban lama tue...xda apa pun..lgpun siang hari, antu x menjelma siang hari he3...



MAY AND THE GENG x kekal lama, pemain bass kami merangkap sepupu aku dah x boleh melihat ( buta )...kami sgt sedih..aku masih ingat g kata2 yg aku bagi sebagai tanda sokongan aku kat dia " Benjamin, maybe ALLAH tarik anugerah itu kerana DIA x mau kau tgk benda2 maksiat kat dunia nie..engkau diselamatkan ALLAH " . Aku yakinkan dia..dia hanya tersenyum, x siapa yg tahu apa isi hatinya..dia seorang yg bijak dan graduan dari sebuah IPTS di Negeri Sabah. Penah sekali kami menangis bersama kerana dia bercerita kepada aku tentang sesuatu yg dia penah nampak sebelum jadi buta....dia melihat satu tangan besar keluar dari celah2 pokok di tepi hutan dan menuju ke arah matanya..selang beberapa minggu dia kata penglihatannya mula kabur dan selepas tu dia kata dia hanya melihat warna hitam putih dan berbintik - bintik seperti Tv hitam putih yg terputus siarannya...bila aku terpandang koleksi TV lama di rumah aku, aku teringat akan dia..kini dia berada di Rumah Persatuaan org2 buta di Sandakan, Sabah. YA ALLAH, KUATKANLAH SEMANGAT SEPUPU KU..AMIN


Kami membawa haluan masing2..ada yg mendirikan rumahtangga dan ada yg sambung study ( termasuk aku he3, baru terhegeh2 nk study )


Banyak juga gambar2 kenangan aku masa menyanyi xpi aku xleh siarkan kerana dulu aku x menutup aurat, xpi aku xpakai seksi2..nak kena lessing!!!!!


Walaupun hidup aku penuh dgn dugaan xpi aku selalu berkata dalam hati " ramai lagi yg lebih menderita, tgk Bosnia..perempuan bosnia dirogol malah ada yg melahirkan ANAK HASIL ROGOL,mereka pasti trauma, tgk Somalia..mkanan xda, kita kat Malaysia xda yg mati kebulur xpi mati terlebih makan ada ( diabetes n high blood ), tengok Palestine..hari2 sambut chinese new year ( kena bommm lah oleh Yahudi virus dunia )



Aku bertuah hidup di MALAYSIA.....THNKS GOD......ALHAMDULILAH






5 ulasan:

  1. tangan besar..??eh...ngerii!sal eh bleh jadi camtu.

    BalasPadam
  2. Hanya ALLAH yg Maha Mengetahui...sapa punya tgn pun xtau...maybe it2 lah tanda yg dia akan....sdihlah cik @deyll@ comei...

    BalasPadam
  3. adel comei? hohoho.. hurm "May n The Gang"? you never say that to me? apa kata pasni silent and may plop..huahua

    BalasPadam
  4. waa..tak sangka ek..penah ada band..
    tapi tulah, kadangkala pengalaman zaman2 dulu camnilah yg menjadikan kita lebih baik

    BalasPadam
  5. To geo_life : yup mmg tul..kita bljar dari kesilapan...

    BalasPadam