Ahad, Mei 24, 2009

Surat untuk Lelaki


Alhamdulillah syukur kepada Yang Maha Esa kerana dengan izin NYA dapatlah hamba yg hina ini menyiapkan entri yg bertajuk " Surat Untuk Lelaki "

Sudah lama aku ingin berbicara ttg kaum Adam yg simple but complicated (he3)
lelaki simple kerana xperlu memakai mcm2 . xsprti org ppuan smua kena jaga, org lelaki semua benda mudah je...namun sesuatu yg aku sgt2 pasti ttg kaum Adam ialah Adam suka pada keindahan ( terutamanya ppuan cantik )...tul tak Adam2 semua....

Aku juga mempunyai pandangan ttg lelaki xpi sebelum aku menaip lebih lanjut lagi, aku cuma nak ingatkan :

  • Bkn smua lelaki jahat
  • Bkn smua lelaki nakal
  • Bkn smua lelaki penipu
  • Bkn smua lelaki gatal
  • Bkn smua lelaki xda kualiti sebagai lelaki

Aku tahu ADAM juga adalah makhluk Tuhan yg lemah...cuma Adam dilebihkan dari ppuan kerana Adam adalah pemimpin. Xpi hari nie Adam2 kita bkn lagi sekadar pemimpin malah segala mcm gelaran " P " Adam nak sapu...( dah dijelaskan tadi bkn smua Adam )

Peragut, Perogol, Pecah rumah, Perompak ( sesetengah tue Adam dari Negara lain yg bt hal kat Malaysia ) dan yg paling terbaru " Samseng Jalanan "...menyusahkan pengguna jalan raya yg lain..

Aku ucapkan syabas dan tahniah bt llaki2 Malaysia yg ada kualiti sebagai pemimpin...aku tahu tugas korang sebagai Adam amat berat. Selain jadi pemimpin, Adam juga terpaksa menghadapi dugaan yg lebih perit spt

1) Membari nafkah utk isteri dan anak2 ( xpi kini ramai wanita yg berkerja bagi membantu meringankan beban suami...so hargailah isteri anda ! )

2) Terpaksa menanggung dosa apabila ternampak wanita2 seksi..terseksa iman korang ye he3...apapun syabas bt lelaki2 yg dpt menundukkan pandangan ke 2 nya, x syabas bt ppuan2 yg terlampau ( diulangi yg TERLAMPAU je ) terlampau ' keseksiannya '....kurang2kanlah keseksian tue, nanti dah ada suami korang seksi sakan lah depan suami ( rite )

Walau ' terpaksa ' nya pun yg kaum Adam nie kena lalui yg terpaksa nie..xpi ada ganjaran yg menunggu korang iaitu ' pahala '...syaratnya mesti ikhlas lah Incik2 semua....itu janji ALLAH SWT itulah saham yg xberguna dan xlaku di dunia but sgt berharga di akhirat. Lebih berharga dari emak bapa, isteri suami, anak2, saudara mara, sahabat handai...perumpamannya spt ' tangan '....TANGAN tidak berguna semasa kita berada di dalam perut ibu, mknan terus disalurkan melalui uterus ke mulut bayi, tangan hnya menggenggam ( genggam janji dgn ALLAH SWT ) bila lahir ke dunia TANGAN sgt2 berguna.....

So kaum Adam syabas dan tahniah sekali lagi kerana berjaya menjadi lelaki sejati...

Siapalah aku utk membicarakan ttg Adam kan? aku juga mahkluk Tuhan yg paling seksi..opsssssss! tersilap plak...mahkluk Tuhan yg paling lemah he3...asal wujudku melalui tulang rusuk kiri Adam yg aku xtau g siapa lelaki itu.....Walaupun aku terkilan dgn sikap kaum Adam yg mempermainkan aku, aku tidak benci kaum Adam..aku belajar utk memaafkan dan melupakanmu IJOE..SEMOGA KAU MENJADI PEMIMPIN YG TERBAIK DI DUNIA INI...AMIN

Oraitlah Adam2 semua...sesungguhnya aku tidak layak utk membicarakan ttg korang..cuma marilah kita saling ingat mengingatkan...kdg2 kita terlupa

Untuk Lelaki :

Kamu lah pemimpin so bersikaplah spt pemimpin...pemimpin yg memimpin kaum wanita,melindungi dan menyayangi...kalau lelaki itu sendiri xdpt memimpin dirinya,bagaimanakah pula dia hendak memimpin c tulang rusuk kiri yg bengkok ???? hendak luruskan tkut patah, hendak dibiarkan tkut bengkok selama2nya...apa2pun pendekatan yg korang ambil, make sure berlandaskan Cara2 Nabi SAW ( maybe ' xseperfect ' Nabi xpi rajin2lah baca Hadis yg berkaitan )

So beruntunglah lelaki2 yg mendapat wanita solehah, teguh pendiriannya, hanya mencintai suaminya, mengharap keredhaan ALLAH SWT dgn mentaati suaminya ( dilarang mentaati suami sekiranya apa yg dikehendaki suami itu melanggar syariat agama )






Note*** sekadar renungan...

Sabtu, Mei 23, 2009

3 Perkara dan 4 Perkara

3 Perkara

Ketika Hatim Al-Asham datang berkunjung kepada Imam Ahmad, Imam Ahmad lalu bertanya " Beritahukan kepadaku bagaimana caranya mencari selamat dari manusia "?

Hatim menjawab " dengan 3 hal " :

1) Anda memberi harta kpd mrka, dan jgn mengambil harta mrka

2) Berikan hak2 mrka dan jgnlah menuntut hak anda dari mrka

3) Bersabarlah menghadapi gangguan mrka dan jgn menganggu mrka


3 mcm yg tidak diketahui kecuali pd 3 mcm - Luqman Al-Hakim

1) Org yg sabar x diketahui kecuali ketika marah

2) Org yg berani x diketahui kecuali ketika berperang

3) Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat ( ada kepentingan )


4 perkara yg harus dijauhi ialah :

1) Jgn Berdusta

2) Jgn Mengkhianat

3) Jgn Mengadu domba

4) Jgn Kencing Sambil Berdiri


Abu Laits As-Smarqandi berkata " jika seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan 4 perkara :

1) Hendaklah dia menjaga solatnya

2) Hendaklah dia bersedekah

3) Hendaklah dia membaca Al-Quran

4) Hendaklah dia bnyk membaca tasbih kerana tasbih dpt menyinari kubur dan melapangkannya


Hati Azzahid berkata : " 4 perkara yg tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara " :

1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan org tua

2) Kesejahteraan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh org yg terkena bala

3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh org sakit

4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh org yg telah mati...

Note ***** tima kasih pada yg sudi membaca entri nie, marilah kita sama2 bermuhasabah diri..banyaknya kekurangan dlm diri ini....

Ahad, Mei 03, 2009

RAHSIA ANGKA 13



Assalammualaikum...............




Firstly, ribuan terima kasih kepada yg sudi membaca entri aku nie...tajuk " Rahsia Angka 13 " nie sengaja aku pilih kerana aku lahir pada tarikh 13 Mei. Sejarah hitam Malaysia berlaku pada tarikh ini juga ( rusuhan kaum ). Masa study kat kolej dulu, aku and the geng assignment ku mendapat topik yg berkaitan dgn rusuhan kaum di negara kita " Sejarah Hitam 13 Mei "




Ketika aku mengalami kemurungan, abg aku dan kakak ipar aku telah membawa aku meronda-ronda sekitar KLCC. Aku mencari kedai buku dan aku dah lupa nama kedai buku tersebut. Xpi kalau xsilap aku, kedai tue milik orang Jepun coz nama kedai tue mcm nama jepun lah gitu...mcm2 buku yg aku tgk, xpi aku cuma beli buku motivasi Dr Tuah Iskandar " Jangan Tidak2 "




Ketika membelek buku2 kat zone owang putih punya buku, aku ternampak buku " All About 13th " aku baca buku tue,maklumlah aku kan tgh bersedih, so aku nak tau sgt tentang 13 tue....




Aku terperanjat kerana menurut buku tue ( aku dah lupa nama penulis buku tue, tapi mcm nama YAHUDI ) sesiapa yg lahir 13hb adalah tarikh kelahiran yg tidak baik dan bersangkutan dgn syaitan. Aku yg pada masa tue tgh bersedih punyalah sakit hati dan aku seakan terpengaruh dgn apa yg tertulis kat buku tue ( bila aku fikir semula bodohnya aku pada masa tue, a'ah la aku kan mengalami kemurungan pada masa tue )




Korang perasan tak kenapa Yahudi / Kafir mencipta cerita seram tentang TARIKH 13???? kenapa tak buat cerita seram 14hb ke, 15hb ke atau 30hb...cth cerita seram " FRIDAY THE 13th " nama hantu tue JASON...aku ada gak tgk citer tue..kalau korang nak tahu..JAWAPANNYA.....teruskan membaca entri nie k....


RAHSIA ANGKA 13 ( RAHSIA SOLAT )



1) NIAT SEMBAHYANG
Memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat
2) BERDIRI BETUL
Fadilatnya, meluaskan kubur
3) TAKBIR-RATUL IHRAM
Fadilatnya, sebagai pelita yg menerangi kubur
4) FATIHAH
Sebagai pakaian yg indah2 di dalam kubur
5) RUQU
Sebagai tikar di alam kubur
6) I' TIDAL
Diberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur
7) SUJUD
Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul-Mustaqim
8) DUDUK ANTARA 2 SUJUD
Akan menaungi panji2 Nabi kita di dalam kubur
9) DUDUK ANTARA 2 SUJUD ( AKHIR )
Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar
10) TAHHIYAT AKHIR
Sebagai penjawab bagi soalan Mungkar dan Nakir
11) SELAWAT NABI
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur
12) SALAM
Memelihara kita di alam kubur
13) TERTIB
Akan mempertemukan kita dgn ALLAH SWT
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah SAW bersabda :
~ Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat ~
******Note : ini lah sbbnya Yahudi/kafir xsuka ttg 13 dan hari Jumaat