Selasa, April 28, 2009

10 FAEDAH BERZIKIR

1) Hindari syaitan

2) Dapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala

3) Hilangkan kesedihan

4) Menguatkan tubuh badan

5) Merasakan pengawasan Allah Subhanahu Wa Taala

6) Menghapuskan dosa

7) Menghalang lidah dari mengumpat dan mengadu domba

8) Menghalang dari keras hati

9) Menghalang dari sifat munafiq

10) Menambah kekuatan hati dan badan

Jumaat, April 24, 2009

AKU EMILLIA




Dulu aku ada geng band. Muzik kami adalah muzik rock dan pop..kami hanya bergiat aktif di sekitar tanah kelahiran ku Lahad Datu, Sabah. Pemain band terdiri drpd abg2 sepupu aku..emak dan ayah aku tidak lah menggalakkan aku sgt dalam bidang seni. MAY AND THE GENG adalah nama kumpulan kami ( may adalah nama panggilan aku dikalangan sepupu2 ) Abg2 sepupu aku jugak lah yg jadi bodyguard aku pada masa tue, walaupun jadi artis x keluar album, aku ramai peminat gak tau he3



Aku tidak minat study pada masa tue, setiap malam aku belajar petik gitar dan menghafal kod2 gitar..( emak ingat aku study )..belajar petik gitar memang x semudah yg disangka, jari2 aku bertukar warna jadi hitam kehijau2an..kalau dah minat, apa pun leh buat. Adik beradik lelaki aku yg lain x reti petik gitar kecuali aku dan abg sulung. Walaupun kami rock giler pada masa tue, tetapi kami masih menhormati AZAN..TIME NAK DEKAT WAKTU SOLAT KAMI BERHENTI MAIN MUZIK...


Kami mempunyai seorang pakcik yg kuat agama...xpi x duduk sekampung lah..penah sekali kami tgh berlatih kat rumah sepupu dan tiba2 spy bagitau bahawa pakcik kami nie on the way nak p kg kami...so kami pun cabut lari lah..tinggal semua peralatan muzik dgn eletrik yg masih terpasang...aku melihat ke arah jln raya yg x bertar.. Wah !!!! aku dah ternampak pakcik aku dgn jubah dan serbannya yg x penah tinggal ( memang itu lah pakaian dia, walau di mana pun dia berada..sunnah Nabi ) aku terperangkap kat tgh jln...nak lari kat mana??? jln ke rumah aku adalah jln yg pakcik aku tgh lalu tue lah...alamak mcm ner nie...aku terpandang tandas awam yg dah lama x digunakan ( org kata tandas tue berhantu ) ah !! no choice...redah ja bah !!! aku masuk la jamban lama tue...xda apa pun..lgpun siang hari, antu x menjelma siang hari he3...



MAY AND THE GENG x kekal lama, pemain bass kami merangkap sepupu aku dah x boleh melihat ( buta )...kami sgt sedih..aku masih ingat g kata2 yg aku bagi sebagai tanda sokongan aku kat dia " Benjamin, maybe ALLAH tarik anugerah itu kerana DIA x mau kau tgk benda2 maksiat kat dunia nie..engkau diselamatkan ALLAH " . Aku yakinkan dia..dia hanya tersenyum, x siapa yg tahu apa isi hatinya..dia seorang yg bijak dan graduan dari sebuah IPTS di Negeri Sabah. Penah sekali kami menangis bersama kerana dia bercerita kepada aku tentang sesuatu yg dia penah nampak sebelum jadi buta....dia melihat satu tangan besar keluar dari celah2 pokok di tepi hutan dan menuju ke arah matanya..selang beberapa minggu dia kata penglihatannya mula kabur dan selepas tu dia kata dia hanya melihat warna hitam putih dan berbintik - bintik seperti Tv hitam putih yg terputus siarannya...bila aku terpandang koleksi TV lama di rumah aku, aku teringat akan dia..kini dia berada di Rumah Persatuaan org2 buta di Sandakan, Sabah. YA ALLAH, KUATKANLAH SEMANGAT SEPUPU KU..AMIN


Kami membawa haluan masing2..ada yg mendirikan rumahtangga dan ada yg sambung study ( termasuk aku he3, baru terhegeh2 nk study )


Banyak juga gambar2 kenangan aku masa menyanyi xpi aku xleh siarkan kerana dulu aku x menutup aurat, xpi aku xpakai seksi2..nak kena lessing!!!!!


Walaupun hidup aku penuh dgn dugaan xpi aku selalu berkata dalam hati " ramai lagi yg lebih menderita, tgk Bosnia..perempuan bosnia dirogol malah ada yg melahirkan ANAK HASIL ROGOL,mereka pasti trauma, tgk Somalia..mkanan xda, kita kat Malaysia xda yg mati kebulur xpi mati terlebih makan ada ( diabetes n high blood ), tengok Palestine..hari2 sambut chinese new year ( kena bommm lah oleh Yahudi virus dunia )



Aku bertuah hidup di MALAYSIA.....THNKS GOD......ALHAMDULILAH






Khamis, April 23, 2009

SALAM HIKMAH DALAM HIKMAH

ASSALAMMUALAIKUM.......

1) Kecantikan bkn terletak pada pakaian yg dipakai tetapi ia bergantung kpd keelokkan akhlak dan budi pekerti ( Syaidina Ali bin Abi Thalib )

2) Jadilah spt sepohon kayu yg lebat buahnya, tumbuh di tepi jln. Dilempar buahnya dgn batu, tetapi tetap dibalas dgn buah ( Abu bakar As - Siddiq )

3) Jgn engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tanganya drpd menganiaya sesamanya, itulah lelaki yg sebenarnya ( Khalifah Umar Al- Khattab )

4) Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia org yg tidak berharta merasa susah hati, tetapi org yg tidak beragama merasa lebih sengsara ( Syaidina Abu Bakar As - Siddiq )

5) Semulia - mulia manusia ialah siapa yg mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ( Khalifah Abdul Malik bin Marwan )

6) Manusia yg berakal ialah manusia yg suka menerima dan meminta nasihat ( Syaidina Umar Al - Khattab )

7) Ingin aku menjadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan ALLAH ( Syaidina Abu Bakar As - Siddiq )

8) Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kpd hamba ALLAH , ingatlah juga bahawa ALLAH lebih berkuasa membalasnya ( Syaidina Umar Al - Khattab )

9) " Aku sudah pandai " maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dgn sendirinya ( Luqman Hakim )

10) Usaha yg halal itu lebih berat daripada memindahkan bukit ke atas bukit ( Ibnu Abbas )


Sabtu, April 18, 2009

AWAL ASHAARI


AWAL ASHAARI


sejak dulu aku bukannya minat citer melayu. Terutamanya drama melayu...alahai mengantuk aku...jgn salah faham, bukan aku xmau sokong industri perfileman negara kita. Aku x minat citer melayu nie pun bkn kerana aku bukan orang melayu. Aku bosan tengok drama melayu yg balik2 babak kat meja mkn, pas2 kat ofis, kedai kopi minum kopi.....


TETAPI semenjak dua menjak nie aku jadi peminat drama melayu coz bnyk drama melayu yg semakin hebat, semakin best, semakin membuat mata cekang, membuat kita senyum sorang2.....dari mana datangnya pengarah2 yg kreatif nie ??? selain itu semakin ramai pelakon baru yg berbakat dan aku minat sgt2 kat Awal Ashaari kerana watak jejaka bandar amat sesuai buat Awal. Awal dpt menghayati watak yg diberikan.....bagaimana plak jika Awal diberikan watak jahat? seperti gengster ataupun watak sebagai lelaki warak ? mesti leh punya..AFUNDI AWAL





Isnin, April 13, 2009

BUAT MU IJOE

IJOE.......

Ketika Adam kesunyian dan menginginkan teman, ALLAH anugerahkan Hawa kepada Adam...
Dan ketika engkau kesunyian dan menginginkan teman, ALLAH anugerahkan aku kepadamu
Ketika Rasullulah SAW, dalam ketakutan dan kesedihan, hadir Khadijah sebagai penghibur
Dan ketika engkau dalam ketakutan dan kesedihan, aku cuba jadi penghiburmu

IJOE.......

Mengenalimu adalah saat yg bahagia bagiku.......
Menyayangimu adalah tanda kasih suci ku padamu.......
Merinduimu adalah tanda aku tidak pernah melupakanmu.......
TETAPI
Kini...mengenalimu adalah asbab penderitaanku.......
Kini...menyayangimu membuatkan aku semakin ingin membencimu.......
Kini...merinduimu membuatkan aku ingin segera melupakanmu.......

IJOE.......
Aku tidak patut bersikap begitu.......
Tetapi patutkah engkau memberikan harapan kepadaku ???
Aku tidak patut bersikap begitu.......
Tetapi patutkah engkau mebuatkan aku jatuh cinta padamu ???
Aku tidak patut bersikap begitu.......
Tetapi patutkah engkau mengkhianatiku ???
Aku tidak patut bersikap begitu.......
Tetapi patutkah engkau menabur janji suatu ketika dulu ???

SEPATUTNYA ENGKAU TIDAK MELAKUKAN HAL2 YG ENGKAU SENDIRI TIDAK AKAN DAPAT KOTAKAN KERANA APA YG PATUT ENGKAU BUAT ADALAH MENJAUHI SEGALA PERBUATAN YG TIDAK SEPATUTNYA.......

IJOE.......

Aku silap kerana aku tidak pernah buruk sangka padamu...
Aku silap kerana aku tidak menyimpan sedikit pun rasa curiga padamu...
Aku silap kerana aku suka mendengar kata2 manis dari lidahmu...
Aku silap kerana aku tidak pernah meneliti siapa dirimu...


KESILAPAN NI ADALAH KERANA AKU TIDAK PERNAH MENCARI KESILAPANMU

HMM...IJOE...IJOE...
Semoga kau bahagia di mana pun kau berada...

AKU & CSI









Tiga siri penyiasataan nie mmg power coz dia tunjukkan cara2 mengesan DNA, CAP JARI, CARA PEMBUNUHAN, TEMPAT KEJADIAN....dalam ketiga-tiga CSI nie, rata2 org suka CSI Miami....nape ye??? aku tau nape coz watak utama ketua CSI nie ( Horatio ) mempunyai suara yg lunak dan wajahnya yg bersahaja...COOL gitu.....wah!!! kalau dpt lelaki cool kan best ..mesti x pressure he3........

Naruto dan Detective Conan





CONAN

DAN

NARUTO

Orang kata kartun hanya untuk bdk2 je...sapa kata ?

Cuba anda klik kat web2 yg berkaitan ttg kartun, rata2 peminat kartun adalah orang

dewasa... kartun sgt manghiburkan.....xpi jgn lah asyik tgk kartun je hingga lupa solat

Rabu, April 01, 2009

HIDUP SINGLE

Aku ada kisah yg aku nak kongsi dgn para wanita2 Malaysia yg lum berkwin...kisah yg berlaku padaku ini jadikanlah sebagai motivasi yg membina agar seluruh wanita2 Malaysia lebih strong, lebih power, lebih beriman, xpi jgn lebih2 sudah he3. Aku pendekkan je citer agar korang xboring membaca. Dulu aku penah ada tunang, atas alasan yg xkukuh, pertunangan diputuskan. Rupa2nya ada orang lain..dah mengandung so kena nikah cepat2 lah. Aku xpenah kesal dgn apa yg terjadi.."JGN PANDANG BELAKANG " so aku pandang ke depan jelah, xmau ingat dah citer2 sedih nie..pas2 aku kenal seorang mamat nie, baik giler...budi bahasa ada, sopan santun, org Melaka..jumpa kat Sabah..mamat ni keja polis. Aku terima mamat Melaka ini coz dia nmpak skema je..

Bermulanya episode cinta yang xsejati...aku dah mula syg kat dia. Dia selalu gak dtg ke rumah jumpa family aku...suatu hari dia masuk operasi kat pulau di negeri Sabah, dia suh aku tlg bersihkan rumahnya. Aku pun angkut lah adik ppuan dan adik lelaki aku, takut jadi fitnah walaupun dia xda kat umah. Ketika mengemas umah dia..adik aku terbaca surat ketika mengemas laci meja dia yg berselerak..adik aku suh baca isi kandungan surat tue..aku kata " xbaik baca surat org " adik aku kata " nie bkn soal baik xbaik,dah surat tu ternganga menampakkan isinya,yg pasti ini xbaik bt kau " segera ku capai surat tu..rasa mcm dlm filem " death letter" citer hantu korea..aku pun membaca isi kandungan death letter tue. Antara ayat poison " mie, emak xrestu mie kwin org Sabah " alamak mcm citer hindustan lah plak..aku sedih, xpi nak buat camner. Suatu hari xbf aku ni suh aku jahit langsir..aku pun jahit lah. Walaupun aku xpenah menjahit ataupun belajar menjahit, demi cinta siap jgak langsir tue. Aku pelik pasaipa aku leh pandai menjahit ye..langsir utk umah pun aku xpenah jahit, emak aku tercengang....xpi masa menjahit tue, aku xsedap hati lah..jari aku tertusuk jarum...

Aku sedapkan je hati yg xsedap..rupa2nya aku telah dikhianati oleh bf aku..dia suh aku jahit langsir, xpi dia p dating dgn ppuan lain...sedih xterkira, yg pedihnya dia bawa ppuan tue p hotel dan tido dgn ppuan tue,ASTAGFIRULLAH... family ppuan tue plak suh bf aku nikah gak dgn anak mrka...kalau xmau mrka ambil tindakan ke atas bf aku..aku bersyukur kerana memiliki family yg pemaaf dan memahami situasi aku..oleh kerana family bf aku duk kat Melaka,so aku,adik aku dan kwn2 sekerja bf aku menguruskan pernikahannya dgn ppuan tue..korang dpt tak bayangkan perasaan aku ketika itu ? dengan linangan airmata, aku membungkus KITAB SUCI AL-QURAN sebagai hantaran utk bakal isteri bf aku..setelah dia sah jadi suami org, aku teringat akan " death letter " emak dia yg xmerestui dia kwin org Sabah...akhirnya anaknya nikah jugak dgn org Sabah...selepas sebulan dia ceraikan isterinya dan berpindah ke Johor, dia telah bernikah dgn org Johor..selepas beberapa tahun dia contact aku semula memohon kemaafan dari aku, dia kata hidupnya xtenang..aku dah lama maafkan dia..

Aku menyambung pelajaran ke Kolej Teknologi Pulau, Pulau Pinang dalam course diploma in managment..hati aku tertutup utk bercinta lagi..xpi aku xpenah benci lelaki ( xsemua lelaki jahat ) aku bkn putus asa dan bkn xmau mencari jodoh ( sikap putus asa kan xbaik ) xpi aku tkut jumpa lelaki penipu....akhirnya aku dipertemukan lagi dgn CINTA di negeri PULAU MUTIARA...hbgan xpnjang, dia lah lelaki paling teruk yg aku penah kenal...tergamak dia menganiaya aku ( xpyahlah citer, biar ALLAH yg membalas segala penganiayaan yg dia lakukan, aku tidak mendoakan keburukkan utknya, xpi satu yg kita kena ingat..doa org yg dianiaya itu makbul dan doanya diangkat ke langit meskipun yg dianiaya itu org kafir..) Walaupun aku hidup tanpa kekasih namun aku redha dan seronok HIDUP SINGLE.....TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN KEKUATAN DAN PERTOLONGAN ALLAH....



PENGAJARAN : JGN MUDAH MEMBERI CINTA, SELIDIKI DULU SIAPA DIA TERUTAMANYA LELAKI YG TERLALU SOPAN N KATA2NYA SEPERTI DIATUR RAPI,XDA CACAT CELANYA....PADA WANITA2 YG SENASIB DGNKU, KUATKAN SEMANGAT, HIDUP TETAP BERERTI,YG XBERERTI BILA KITA MENDAPAT KEKASIH YG XDA KUALITI SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI.....